Labels

Monday, August 15, 2016

11 weeks pregnant boleh detect syndrome down


Masa around 13weeks+ tu lepas raya.. eh terlupa pulak nk buat nt scan baby awal.. sebab excited nak raya kot..hahasebelum tu.. apa tu nt scan?


Imbasan nuchal translucency (NT) ialah ujian saringan yang menilai samada bayi anda berkemungkinan mempunyai sindrom Down. Ujian saringan hanya boleh menganggarkan risiko bayi anda mempunyai sindrom Down, manakala ujian diagnostik seperti CVS atauamniosintesis akan memberi anda diagnosis yang tepat (tetapi mempunyai risiko kecilkeguguran).

Imbasan NT tidak dapat memberitahu dengan tepat samada bayi anda mengalaminya, tetapi ia boleh membantu anda membuat keputusan samada perlu membuat ujian diagnostik atau tidak.
Bagaimanakah imbasan NT ini dilakukan?Imbasan ultrasound mesti dijalankan di antara minggu ke-11 dan ke-13 tambah enam hari kehamilan. Sebelum minggu ke-11, imbasan sukar dilakukan kerana bayi masih terlalu kecil, manakala selepas minggu ke-14, sebarang cecair yang berlebihan mungkin diserap oleh sistem limfa bayi yang sedang berkembang.

Imbasan biasanya dilakukan melalui perut, tetapi kadang kala perlu untuk membuat imbasan faraj yang akan memberi pandangan yang lebih baik. Tiada risiko ke atas anda atau bayi dan ia tidaklah begitu tidak menyelesakan. Baca tentang imbasan faraj dalam gambaran keseluruhan tentang imbasan.

Untuk mengetahu dengan tepat tarikh kehamilan anda, doktor akan mengukur bayi anda dari hujung kepala hingga ke hujung bawah tulang belakang. Kelebaran NT juga akan diukur. Kulit akan kelihatan sebagai satu garisan putih, dan cecair di bawahnya akan kelihatan hitam.

Anda juga akan dapat melihat kepala, tulang belakang, tangan dan kaki bayi anda di dalam skrin. Beberapa ketaknormalan besar mungkin tidak dirangkumi dalam imbasan ini, tetapi anda disyorkan supaya membuat imbasan anomali terperinci pada kira-kira minggu ke-20.

Sumber: babycenter


Disebabkan sonoworld ampang nih sekankang kera je dari rumah. Fa terus booked slot online.. fa booked malam so huband balik kerja boleh pergi sama tgk adik baby.. sampai je sana tunggu turn.. dan sonographer pun start la scan perut. Alahai baby tgh sleep pulak waktu tu. Menghadap dalam. So xdpt nak tgk.. sonographer suruh ktorg g makan dlu baru dtg balik.. 
.
.
Ktorg pun g mkn dkt kedai blkg tu je.. lepas tu dtg baby dh berbaring dlm perut. Baru boleh ukur cecair belakang tengkuk dia.. alhamdulillah cercair blkg tgkuk adik baby 0.2cm. Ianya normal. Syukur alhamdulillah.. kalau normal rasanya less than 3.5mm kot. Lgi satu sonographer check ada x nasal tip. Tulang hidung. Alhamdulillah ada. So kita tggu 20 weeks + pulak nak  buat detailed scan dkt sni..
.
.
So far service sonoworld ampang mmg bagus la.. dia akan explain dgn terperinci. So kalau korg nak tya apa.boleh tya je..price buat nt scan nh Rm100. Korg akan dpt gmbr dan report scan..😊😊😊




1 comment:

sya mimie said...

Bestnya scan2 bby.. :)
Dh bpe week awk?..