Labels

Wednesday, April 20, 2016

PART 2 - Keguguran my little baby

Jom sambung kisah semalam. Sampai la isnin date fa booking untuk dnc. sehari sebelum nurse Hospital Azizah call inform fa kena admit 1pm. Dia cakap puan datang buat dnc rehat kejap. if tak ada apa dah boleh balik same day. Puan kena puasa start 7pm isnin tu. Okey fa tak ada rasa nervous ke apa. tapi terbayang kena bius tu sebab seumur hidup belum pernah kena bius,. Fa banyak google pengalaman orang dnc., and banyak tanya kawan-kawan. At least kita ada gambaran macam mana proses tu nanti.

Sampai je hospital register semua. Dia bawak naik wad. nurse tanya nak single room ke open ward. fa pilih open wad je sebab kejap je kan dekat situ.Buat apa nak membazir. Buat dnc nih pun mahal dah.. Tambah sikit memang lebih kurang harga bersalin dah tau. **pengsan**. Kenapa fa pilih Hospital tengku azizah setapak? 1st fa memang planning second baby nak deliver situ. Lagipun banyak review bagus dengan gynea situ and paling penting semua staff situ perempuan. So tak ada isu aurat nanti. Fa pilih dr kay sebab banyak review dia bagus. . So memang rezeki adik baby keluar daripada rahim mama dari tangan dr kay jugak walaupun awak keluar belum sempurna sebagai janin lagi.

Dah dapat katil.. eh open ward tapi sorang je fa dekat situ, nurse cakap ramai dah discharge tadi. ok so fa pun baring dulu.. dengan isa bising dalam tu.haha nasib tak ada orang.nurse suruh tukar baju dan kencing ke nak membuang dulu. dah tukat baju pastu fa baring. pastu nurse datang masukan ubat dakat tut untuk bagi ada bukaan sebab fa tak ada bleeding so dalam tu tertutup lagi. mak aih masa nih memang terasa sakit sikit sebab nurse masukan ubat tu betul2 dalam.dia cakap sebab memang tertutup lagi.dah masuk ubat tu nurse tak bagi bangun selama 2 jam.
                                                         
                                                                   


fa pun baring je sambil main phone.nak tunggu 2 jam mak aih lamanya.boring la.nak tdo tak pulak nagntuk. dalam setengah jam ke sejam lepas tu nurse datang cakap puan jom pergi ot. doctor dah ready. so fa pun jalan je g ot. dia cakap nak wheel chair tak.fa cakap xpela saya ok. boleh jalan.  sampai je ot nurse suruh buka gelang ke rantai ke jam semua. kalau ko pakai gigi palsu ke apa pun kena buang. pastu datang pakar bius kenalkan diri. dia cakap saya akan bius je. yang akan buat procedur doktor kay. so fa masuk ot baring dekat katil...mak aih nampak batang tempat letak kaki tu yang untuk bersalin. masa bersalin isa tak guna pun benda tu. dah baring semua. doktor bius cakap saya nak cucuk nih.nak masukan drip. nanti ubat bius masuk melalui sini. nanti full bius ya puan. fa angguk je. pastu nampak kelibat doktor kay tengah sedia2.


pakar bius cakap puan saya nak masukan ubat dah nih. puan baca bismillah lepastu mengucap ye. lepas je mengucap. kelam dunia. tak sedar apa. tiba2 dengan orang panggil.puan puan dah siap. puan okey tak. masa tu fa lalok kau dah macam kena ganja dah. sedar dalam tak sedar. fa ingat fa ada tanya nurse tu. banyak ke keluar. semua ok x. nurse macam jawab je tapi fa tak ingat. so fa kena tolak masuk ward. sampai je ward pening lagi. nurse datang ambil bp. and cakap puan rasa nak muntah tak? fa cakap tak. tapi saya lapar. saya tak makan daripada malam tadi.dia cakap okey puan. sekejap ye saya bawakan makanan. dia datang dengan nasi ayam dengan sejug air kosong.nurse cakap puan minum dulu air kosong skit. kalau tak rasa nak muntah puan boleh makan, so fa minum and rasa ok je.so makan la nasi. habis sepinggan nampak sangat lapar.tapi makan dalam pening. dah tu nurse datang tanya puan okey tak. fa cakap saya pening la. dia pun check bp. ye blood pressure rendah. dia cakap xpe,puan rehat dlu,.saya tutp lampu puan tdo dlu. lepas tu fa tido. datang dr kay dengan nurse. doktor tanya awak okey tak. fa cakap fa pening skit.dia cakap xpe awak rehat dlu,.lewat2 skit awak dh boleh balik. dengar balik terus okey,


tak lama tu mak mertua dengan kakak ipar fa datang.. pastu nurse datang suruh pergi toilet kencing semua. kalau ok dah boleh discharge. so fa pergi toilet. yuop ada bleeding macam period gitu. so ready tkr baju semua. nurse cakap dah boleh discharge. dia ada bagi antibiotik dan pain killer kalau rasa sakit. so nak turun bawah nurse nak ambilkan wheel chair tapi fa tak nak. dia cakap puan boleh ke jalan.,boleh dik.tapi sebenarnya tengah pening lagi sikit. settle bil semua so boleh balik. dia bagi appoinmnt lagi 1 week jumpa doktor.
.

balik je rumah start la sesi berpantang. pakai stokin.pantang makan. 1 week fa tak keluar. duduk rumah je.  fa makan ikan haruan. makcik fa bawak dari kampung. hari2 makan.memang sedap la. berat pun turun tau. sakit? ada jugak terasa pedih2 dekat bahagian rahim maybe kesan cuci tu.  minta husband belikan minyak herbanika nona roguy. fa sebelum tu ada beli barang pantang nona roguy. beli phytonatal dengan teh herbanika. tapi fa start makan lepas habis antibiotik doktor. fa urut masa 1 week after tu. bookes yang spa ke rumah.fa buat urut, bertungku dengan bertangas. malam2 memang sapu je minyak nona roguy tu.








now alhamdulillah fa dah sihat. apa perasaan fa? fa redha. maybe Allah nak duga kita. fa yakin ada hikmah disebalik yang terjadi. kita perlu bersyukur sebab kita salah seorang yang Allah sayang dan dia duga kita. bagi yangs enasib dengan fa jangan sedih. insyallah ada rezeki kita lagi lepas nih. Allah tak pernah salah pilih orang untuk diberi dugaan sebab dia tahu kita boleh melaluinya.

1 comment:

Norhazrina Abdul Hamid said...

takziah ye fa. xpe insyaAllah ada rezeki lg xlama lg. bykan bersabar ye :)