Labels

Tuesday, July 16, 2013

Tips, petua and senaman untuk cepat bersalin


disebabkan nervous jugak baby belum keluar nih....tapi masih mampu buat relax lagi...haha..sebenarnya cuak.. yola..hari-hari update blog pasal dah dekat due date and baby masih tak ada hint nak keluar... mesti korang bosan kan...maaf la ya...just nak share aja dong..so fa ada la mengoole sikit petua-petua orang dulu-dulu and senaman untuk cepat bersalin...mana tau dapat membantu mom to be macam fa yang menunggu hari nih...



 petua-petua cepat bersalin
  • 2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga. 
  • Bila sakit nk bersalin, makan sebiji telur mentah. 
  • Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka
  • Rebus epal hijau pastu makan time tgh sakit contraction
  • Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin
  • Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin
  • Amalkan minum air kelapa hujung2 nk bersalin. (ni mmg aku amalkan jugak, nanti baby lahir kulitnya bersih je)
  • Makan kurma dalam bilangan ganjil
  • Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby
  • Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby
  • Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari2 kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
  • Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sb nt koyak teruk (aku mmg failed nak pegang buku lali. Peha besar sgt...so pegang je la besi palang katil tu)
  • Amaklan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut
  • Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuar, tarik nafas dan lepaskan cepat2
  • Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air
  • Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu
  • Minum air Selusuh. Lebih baik kalu dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata orang :)


Senaman Kegel (Kemut)
Senaman ini baik untuk kulit / otot vagina supaya lebih kenyal, dengan itu otot boleh mengembang dengan   lebih baik apabila proses kelahiran bayi. Senaman ini juga bagus untuk kekuatan otot yang menyokong rahim dan untuk menjamin keintiman hubungan suami isteri. Senaman ini boleh dilakukan di mana saja. Salah satu daripada senaman kegel adalah dengan menahan air kencing separuh jalan, dan kira sampai 10 (atau 10 saat) dan baru dilepaskan bakinya..yang ni baik juga untuk suami..sebab sekarang ramai yg kena kanser prostat, senaman ini dpt mengurangkan risiko.
  
 
Tailor Sitting
Kebaikannya
Posisi ini dapat meregangkan otot di paha dan pelvis. Dapat memperbaiki postur badan. Melembutkan sendi pelvic. Memperbaiki peredaran darah ke bahagian bawah badan.


Kaedahnya:
Duduk di atas lantai dengan belakang badan anda tegak. Temukan tapak kaki, pastikan lutut anda mencecah lantai. Anda akan terasa regangan pada bahagian dalam paha. Lakukan senaman ini setiap kali anda duduk di lantai. Jika sukar untuk duduk dalam posisi ini, sandar pada dinding dan alas setiap paha anda dengan bantal/kusyen.

Pelvic rock

Kebaikannya:
dapat meregangkan otot-otot di bahagian bawah belakang dapat mengurangkan sakit belakang.

Kaedah
Posisi diri anda dalam keadaan seperti merangkak. Perut/belakang rata. Naikkan perut/belakang anda seperti posisi kedua. Tunggu beberapa saat. Rehatkan perut anda semula, ratakan kedudukan perut / belakang. Ulang beberapa kali, sebaik-baiknya 10 kali.


Wall slide

Kebaikannya:
Mencangkung semasa hampir bersalin dapat membantu membuka laluan dengan lebih cepat. Tetapi ia agak meletihkan terutamanya tanpa latihan. Cuba senaman ini sebagai latihan. 


Kaedah:
Berdiri dan sandar belakang anda pada dinding.  Kangkangkan sedikit kaki anggaran jarak bahu anda. Turunkan badan anda ke bawah (slide down) sehingga anda dalam kedudukan seperti duduk di atas kerusi. Tahan beberapa saat. Naik ke atas semula. Ulangi beberapa kali. 10 kali sebaik-baiknya. Anda juga boleh melakukan senaman ini tanpa dinding.
 

1 comment:

dya said...

tq fa..info yg baik tuk dya coming soon ni..