Labels

Monday, July 8, 2013

Tips kurangkan sakit nak bersalin


1) Bernafas secara beritma dan relaks semasa anda menghembus nafas.

2) Minta bantuan suami atau sesiapa yang menemani untuk usap atau urut perlahan bahagian belakang pinggang.

3) Minum air sambil menunggu antara kontraksi.

4) Makan makanan yang kaya dengan karbohidrat apabila anda terasa lapar.

5) Pegang tangan suami anda.

6) Berguraulah dengan suami anda

7) Ciuman (daripada suami, ibu, kakak dan rakan anda).
Dengarkan bacaan ayat al-Quran dan alunan zikir untuk membantu anda relaks.

9) Elakkan daripada baring terlentang. Ubah kepada posisi yang lebih selesa seperti mengiring atau duduk supaya dapat mengurangkan rasa sakit.

10) Bukalah pelvis anda seluas mungkin untuk membantu anda melahirkan bayi anda, contohnya, berlutut di atas satu kaki dengan yang sebelah lagi keluar di sisi.

11) Bayangkan bayi anda bergerak turun ke pelvis anda dengan setiap kontraksi.

12) Berfikir secara positif: 'Setiap kontraksi membawa saya hampir kepada kelahiran bayi saya'.

13) Goyangkan pelvis anda dalam bulatan, ke belakang dan ke hadapan dengan setiap kontraksi.

14) Percayalah dengan badan anda; sesungguhnya anda pandai melahirkan bayi!

15) Pastikan pundi kencing telah dikosongkan kerana pundi kencing yang penuh akan melambatkan kelahiran anda.

16) Berjalan-jalanlah untuk melegakan lenguh dan sakit dan merangsang kontraksi.

17) Banyakkan berzikir dan beristighfar, secara tidak langsung ia dapat mengalih perhatian anda terhadap kesakitan yang melanda.

18) Mohon maaf daripada suami, ibu dan ayah dan minta mereka doakan supaya segalanya dipermudahkanNya.


Sakit bersalin dirasai kerana kontraksi uterus akibat pelebaran servik dan segmen bawah servik. Pengalaman ini tentunya tidak dapat dilupakan oleh para ibu kerana bagi setiap anak yang dilahirkan, belum tentu ibu itu akan melalui pengalaman yang sama. 


No comments: