Labels

Wednesday, May 15, 2013

sesak nafas ketika preggy


Allhamdulillah today dah 30 weeks 5 days..bila masuk trimester ke-3 nih rasa cepat pulak masa berlalu... sekarang nih terasa jugak perut makin membesar dan berat...and malam nak tido mesti rasa macam sesak nafas sikit...pastu start la berpusing-pusing cari position yang selesa dan boleh bernafas dengan baik...fa tak risau sangat pasal sesak nafas nih...sebab pernah terbaca kan sesak nafas masa third trimester preggy perkara biasa...


Lebih kurang satu setengah pain / sekitar satu liter cecair amnion sekarang mengelilingi bayi anda tetapi volum ini akan menyusut apabila bayi membesar dan ruang dalam rahim bertambah sempit baginya. Apabila anda dan bayi anda menjadi semakin besar, janganlah merasa takut pula jika anda merasakan sesak nafas, atau merasakan seakan-akan anda tidak mendapat udara yang mencukupi; ia hanya uterus anda menekan diafragma anda. Bagaimanapun, di akhir terowong gelap yang dilalui ini, ada cahaya. Di 34 minggu kehamilan (atau sejenak sebelum pelahiran, jika kehamilan ini yang kedua atau ketiga bagi anda), kepala bayi anda akan bergerak turun memasukki pelvis anda dan terus mengambil posisi yang sesuai untuk kelahiran. Ini akan melegakan pernafasan dan pemakanan anda.

Tip Sesak Nafas 

Salah satu gejala yang kerap menyerang ibu hamil adalah sesak nafas. Gejala ini mudah berlaku setelah kehamilan memasuki usia 6 bulan ke atas terutamanya pada trimester terakhir kehamilan.

Keadaan ini disebabkan bayi yang semakin membesar dan menekan abdomen terutama di bahagian dada si ibu hingga mengurangkan ruang pada paru-paru yang menyebabkan anda sesak nafas atau adakalanya terasa sukar hendak bernafas.

Berikut tip yang boleh anda cuba amalkan bagi membantu mengatasi keadaan ini.
  • Banyakkan melakukan senaman olahraga kerana ia akan membuat tubuh sihat dan segar serta membantu mengurangkan masalah sesak nafas.
  • Duduk dalam keadaan tegak agar ruang pada bahagian paru-paru tidak tertekan dan mengganggu pernafasan anda.
  • Semasa tidur pastikan bahagian kepala dan bahu agak tinggi sedikit agar paru-paru tetap mempunyai ruang yang cukup untuk memudahkan pernafasan anda.
Jika anda berasa sukar bernafas, berhenti daripada aktiviti yang sedang anda lakukan, berehatlah dengan bersandar pada kerusi atau bantal.



2 comments:

ieza said...

Ooooo no wonder saye skang ni pun asik susah jek nak bnafas.... Huuuu another 10 wks and counting :)

fa.ismail said...

ieza: tula...baby dh bsr kan