Labels

Thursday, May 30, 2013

atasi bengkak kaki masa preggy


Allhamdulillah today dah 32 minggu 6 hari preggy....kalau ikut perkiraan lagi 50 hari untuk baby keluar... hopefully semuanya lancar & selamat....amin...dah masuk 8 bulan nih... kaki fa cepat sembab atau bengkak... rasa kaki gemuk berserta jari-jari kaki akan gemuk sekali..alahai sekali tengok comel jugak sebab montok-montok...tapi rasa tak selesa la...hari tu keluar berjalan dengan hubs kaki membengkak dengan juaranya pastu teman hubs hantar kawan dia dekat lcct.kan lama dalam kereta...lagi la kaki nih membengkak dengan sungguh sihat...sampai selipar pun ketat gila....tapi kaki fa bengkak paling cepat sebelah kiri...kanan kurang sikit bengkak...tapi bengkak nih jadi kalau fa banyak berjalan and duduk lama....


fa tak berapa risau kaki sembab/bengkak time preggy nih..sebab ianya perkara biasa...sebab fa dah baca pasal nih dari awal..so tak la rasa risau...so preggy mommy if kaki bengkak jangan risau tau...

Apa yang anda alami ini dipanggil oedema, iaitu keadaan di mana badan anda menyimpan terlalu banyak cecair. Ia berlaku akibat terdapatnya darah berlebihan dalam badan anda kerana anda hamil.

Apabila bayi anda semakin membesar, uterus (rahim) anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul.


Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan.


Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam. Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya. Menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat.


Malangnya, oedema semasa hamil adalah perkara biasa, terutamanya dalam trimester ketiga. Di antara 50 dan 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini.




tengok si kim nih sanggup pakai kasut gini lagi time kaki sembab kan...sungguh tak selesa...



so apa yang fa buat....fa akan lapik bantal dekat kaki time tido..so kaki akan tinggi sikit...jadi cecair yang berada di kaki akan mengalir lancar..nih yang fa buat..and ianya sangat berkesan..bangun pagi ja..kaki fa dah kurus seperti biasa...tak sembab lagi....tips lain untuk preggy mommies...

  • Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada vena kava bawah.Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Dan jangan cuba menyilang kaki semasa duduk.



  • Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings).
  • Minum banyak air. Yang peliknya, mengekalkan hidrasi dapat membantu badan anda mengurangkan penyimpanan air berlebihan.
  • Bersenam selalu, terutamanya berjalan, berenang, atau dengan menggunakan basikal senaman.
  • Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.
  • Makan makanan berkhasiat, dan elakkan makanan yang tinggi kandungan sodium dan garam seperti kacang masin, jeruk sayuran, telur masin dan ikan kering.
  • Jika kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.




  •  


    nih la rupa mak buyung di ambang 8 bulan preggy...dah kembang semangkuk dah...


    No comments: