Labels

Friday, March 22, 2013

CHECK UP 5 BULAN


tertangguh story checkup untuk 5 month nih...rabu lepas ada check up dekat kkia....sekarang masih sebulan sekali ya check up...kalau bab nak check up dekat kkia nih..fa awal lagi dah keluar rumah sebab nak meredah jem mrr2 tu...biasa la appointment pukul 8 kan....so dah sampai of course la tak akan dapat no 1st...tapi dapat no 4 pun kira satu kejayaan tau...


so biasa la tunggu check up kkia nih lama and ada benda kena buat sendiri...first tu harus collect urine and tinggalkan dekat counter...pastu biasa la timbang berat ambil bp..yes..berat naik 2.5kg...sepatutnya perlu naik 2 kg ja dalam masa sebulan..nih terlebih 0.5kg pulak.alahai start la kena berleter dengan nurse...nasib la nurse situ baik jugak...berleter pun lembut ja..dia cakap next month kalau naik lebih pada 2kg..fa perlu minum air gula..oh my...tak nak please.....=( ....hb pulak 11.1..nurse cakap ok ja...but macam fa tak puas hati ja....so lepas nih ingat nak ambil supplement untuk hb....anyone yang tau pasal supplement untuk naikkan hb?


lepas check perut semua..dengar heart beat baby...kuatnya sayang..alhamdulillah tandanya kamu sihat kan... nih yang rasa membuak-buak tak sabar nak g scan nih....seperti biasa nurse akan bagi obimin... pastu dia tanya dah rasa baby gerak ke...macam mana fa rasa baby gerak BACA SINI....then dia kata kalau baby dah gerak boleh cucuk ATT (Anti Tetanus Toxoid) aka injection kancing gigi nih...fa dah prepare fizikal dan mental dah pasal injection ATT nih.. sebab selalu baca blog mommy to be kan...sebab orang cakap kebas sangat kan..


 ATT (Anti Tetanus Toxoid) Pertama. Ini adalah bertujuan untuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang cukup untuk melindungi dirinya dan bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui luka dan sebagainya.


first baby nih kena inject 2 kali...second time nanti next month...masa injection tu terasa la ubat masuk... alahai...then balik rumah baru terasa lenguh sikit dekat tempat cucuk...so far sekarang dah ok dah...tunggu next month pulak kena inject..




allhamdulillah today baby dah 23 minggu...

Berat bayi anda sekarang lebih sedikit dari satu paun / 500 gram dan dia berukuran lebih kurang 11.4 inci / 29 sentimeter dari mercu kepala ke tumit. Pendengarannya telah mantap sepenuhnya dan dia boleh mengecam satu versi suara anda yang pincang, selain bunyi denyutan jantung anda dan bunyi deram-derum perut anda. Bunyi-bunyi kuat yang boleh didengarinya dari dalam rahim, seperti bunyi anjing sebelah rumah menyalak atau bunyi tempikan pembersih vakum, mungkin tidak akan mengganggu anak anda apabila dia mendengarnya semasa dia di luar rahim. Kajian tertentu seakan-akan menyatakan yang bayi belum lahir lebih gemarkan muzik klasik.

Selain kemajuan-kemajuan dalam pendengaran, paru-parunya sedang melalui perubahan-perubahan untuk menyediakannya untuk bernafas. Dia sentiasa menelan tetapi dia tidak akan membuang air besar (digelarkan mekonium) sehingga selepas dilahirkan.

Jika bayi anda dilahirkan sekarang, dia mempunyai kemungkinan kecil (lebih kurang 16 peratus) untuk meneruskan hidup dengan penjagaan yang sesuai. Setiap hari dia berada dalam rahim memberinya peluang yang lebih baik untuk meneruskan hidup. Jika dia dilahirkan pada 24 minggu kehamilan, peluangnya untuk terus hidup akan meningkat kepada 44 peratus.

Anda pula akan merasa pergerakan anda canggung sebab pusat graviti anda telah berganjak. Gusi anda mungkin berdarah apabila anda menggosok gigi dan pusat anda yang dahulunya 'tenggelam', sekarang sudah membonjol. Jangan bimbang. Ia akan kembali kepada keadaan asal sebaik sahaja anda melahirkan. 




 

3 comments:

Marsha said...

Fa...untuk naikkan hb sis suggest vita-lea dr shaklee...vita- lea ni naikkan hb ibu2 preggy yg low hb...if berminat fa sms/ whatsapps ke 0139337697 ye. .sis marsha...tq fa. Congrates. .^_^

Marsha said...

Fa...untuk naikkan hb sis suggest vita-lea dr shaklee...vita- lea ni naikkan hb ibu2 preggy yg low hb...if berminat fa sms/ whatsapps ke 0139337697 ye. .sis marsha...tq fa. Congrates. .^_^

Anonymous said...

Klau nk naek.hb.mkn.iberet ok.kitenye hb hr tu bwh 10 now da 12 Alhamdullilah