Labels

Tuesday, February 19, 2013

18 minggu bersama


3 hari lepas fa kena diarrhea...so lepas tu perut rasa macam tak berapa sedap...kalau tak ada si kecik dalam nih tak risau sangat...tapi bila ada si kecik nih...sakit sikitdah risau bagai..yela..first time mama to be..cuak tu berlebihan sikit..sebab tak ada experience kan..kalau dulu diarrhea mesti telan pil kecik-kecik chi kit teck aun tu...tapi bila preggy...tak boleh makan sebarangan ubat...so tahan ja la..


then semalam risau sebab perut tak berapa sedap je...so ajak en suami g klinik check...doktor bagi ubat untuk diarrhea and fa minta scan sekali...masa scan terus dah nampak tulang belakang baby... alahai besar dah kamu sayang..pastu nampak dua belah peha dengan kaki dia...tapi semalam baby tak tunjuk tuttt dia pun..so papa tu still berharap kamu boy..tapi mama dengan papa tak kisah..asalkan kamu sihat ya sayang..semalam kamu malu ye..



backbones dengan peha..comel..geram tau tengok...tapi masa scan nih kedudukan baby songsang...doktor cakap tak payah risau..normal ja sebab baby kecik lagi...so banyak ruang and baby boleh bergerak-gerak lagi..


today pulak ada check up dengan kkia..fuhh nasib sampai pagi tadi tak ramai orang..so tak la lama sangat menunggu....yes...berat mama naik 2 kg...nurse dah suruh kurangkan nasi...sebab takut nanti ada masalah lain...acaner dah bab selera makan masa preggy nih berselera ja.....tadi mama dengar bunyi degupan jantung kamu....terasa happy bila kamu membesar dengan sihat...teruskan membesar dengan sihat ya baby...berat baby dah 224g..hehe...uri mama pun dah nak sepenuhnya..amin...hopefully uri terus berada di atas la eh..hb pun okey....allhamdulillah..hope semuanya dipermudahkan sehingga la baby keluar nanti..Amin...



18 minggu

Panjang bayi anda sekarang sekitar 6 inci / 14.2 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 7 auns / 190 gram. Dadanya bergerak turun naik seakan-akan bernafas tetapi dia tidak menyedut udara, hanya cecair amnion.
Scan ultrasound semasa trimester kedua menilai pertumbuhan dan perkembangan fetus, selain menapis beberapa kecacatan kelahiran, memeriksa plasenta dan tali pusat, dan menentukan samada jangkaan umur gestasi adalah tepat. Semasa skan ini, anda mungkin dapat melihat bayi anda membuat pergerakan menendang, membengkokluruskan badan, mencapai, bergolek atau menghisap jari. Bawalah suami bersama, tetapi samada dia turut bersama atau tidak, pastikan anda mendapatkan salinan gambar bayi dalam pelbagai gaya.

Jika bayi anda perempuan, vagina, uterus dan tiub falopio sudahpun berada di tempatnya. Jika ia lelaki, genitalnya adalah jelas dan boleh dicamkan. Jika kandungan anda lebih dari satu bayi, rujuklah bahagian tentang kembar dua atau lebih.


6 comments:

orked violet @ SYA said...

best nye...

take care dear.. =)

fa.ismail said...

okey dear..tq

ainulaqma said...

have fun being preggy mummy :)
Take care~

Mrs Idris said...

hello puan fa... :D saya nak tanya, awk buat check up d mana? saya pelajar um, tapi rakyat Singapore.. nak cari klinik dekat2 PJ bangsar ni tak tahu maneee... :(

fa.ismail said...

AINULAQMA: tq dear =)

MRS IDRIS: checkup dkt klinik kesihatan au2...tp kdh check up dkt klinik biasa jgak....area pj or bangsar sya xsure sgt sis...

Mrs Idris said...

thanks fa... ok take care! :) update selalu okkkk... kalau tk keberatan bole jgk follo sayer.. ;)