Labels

Friday, January 11, 2013

Asid folik untuk preparation


asyik bercerita pasal wedding..now kita selit sikit info pasal pregnancy....allhamdulillah today kandungan fa dah 13 minggu...hopefully semuanya sempurna dan selamat hingga baby lahir dan seterusnya...bagi preggy mommy mesti dah tau pasal folik asid or omputenya acid folic...bagus sangat untuk mommy yang merancang untuk preggy dan tengah preggy...why bagus?? meh fa nak bagi lecture sikit...


Apa itu ASID FOLIK?

-Asid Folik adalah vitamin B9 yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung. 
-Ia juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung. 


Mengapa ia PENTING?

1) Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti: Gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)

Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tak terbentuk ( anecephaly/encephalocele).

2) Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).
3) Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:
-Sumbing lelangit (cleft palate) 
-Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
-Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) 
-Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)
4) Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.

Bila ASID FOLIK perlu diambil? 
-Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Semasa mengandung kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.

SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?
 
-Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untung mengandung.
-Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
-Merawat kesuburan pada lelaki


SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK
 
-Hati ayam
-Daging, ayam, telur
-Kekacang
-Beras perang, barli, oat
-Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain


fa start makan asid folik awal november hari tu..ya saya tahu saya sudah terlambat untuk makan asid folik before preggy...sebabnya masa tu ingat sempat la preparation 3 months before preggy..tup-tup rupanya masa tu maybe dah ada persenyawaan dah..sorry baby..mama tak tau..kalau tahu before kahwin dah start makan tau...sebab kurang la nak ambil tahu bab ubat-ubat nih kan sebelum kahwin.. so bride to be sekalian...3 months before kahwin tu makan la siap-siap...preparation yang bagus untuk baby....sebab masa anak dara dulu mana la tau menahu kan bab nih..betul tak anak dara sekalian...





fa beli brand appeton dekat gurdian..sekotak tu memang ada 90 biji untuk bekalan 3 bulan...price dalam  RM20 lebih..sebab sepatutnya dan seeloknya kita consume folik asid berkuantiti 400mcg..brand appeton nih memang each tablet 400 mcg...jangan risau yang susah nak telan ubat..asid folik nih kecik je..telan pun korang tak rasa..apa pun demi baby...sure sanggup kan...now fa dah stop makan asid folik atas sebab nurse bagi obimin...so dia cakap asid folik dah boleh stop..now kena telan obimin berwarna pink yang besar dari asid folik...demi mu baby..mama sanggup...=)


so bride to be or ex bride yang merancang nak preggy..cepat pergi beli asid folik untuk preparation preggy..


No comments: