Labels

Thursday, March 31, 2011

nak perasan CUN la


hye...hari nih hari ketiga berdating dengan si debab....keluar hari nih sebab nak tengok movie cun!...pastu dah ambil tiket booking...time dah dekat..tapi perut cam krukk..krekkk...krukk..krekk...jalan-jalan...pastu teringat hari nih 31st...ada apa dengan 31st????
















tadaaaaaa....ice cream baskin robins....bagi sapa-sapa yang tak tahu...setiap 31st dalam setiap bulan (tak semua bulan ada 31th kan..??)...baskin robins akan buat discount 31%...berbaloi kan....







sharing is caring rite????cik fa bertemakan 'pink'...kebetulan sama dengan warna baskin robins...baskin robins sangat yummy okey...










nih la movie cun tu....cik fa tak pernah dengar or tengok trailer pun...si debab yang ajak tengok..so ikut ja....cerita sangat sangat sangat sangat sangat......sangat la best okey...gila la lawak cerita nih...dah berlakon dekat negeri cik fa...haaa...lagi la feel tengok sebab diorang cakap loghat utaqa...rasa mcam nak lagi tengok cerita nih....kepada semua yang rasa nak tengok movie..pastu tak tahu nak tengok apa...cik fa promote korang tengok cerita nih...mesti korang akan gelak ja dalam hall cinema..trust me...






nih cik fa letak SINOPIS CUN...

Luna Latisya seorang pengacara terkenal, bercinta dengan Ryan Hidayat, seorang pelakon. Program yang diacarakannya (Meletops) memerlukan beliau menerjah kehidupan peribadi selebriti tanahair. Yang terkini, ‘Meletops’ ke rumah Ryan Hidayat untuk kejutan hari lahirnya. Namun lain pula yang terjadi apabila Ryan ditemui bersekedudukan dengan seorang artis baru, Siti Senjakala. Luna berang lalu terus memandu pergi bersama Tom, pembantu peribadinya. Tom membawa Luna ke kampung halamannya di Utara Semenanjung. Sampai di kawasan kampung, kereta Luna tersekat di kawasan lumpur, memaksa Luna dan Tom bermalam di dalam kereta.

Keesokannya, mereka ditemui oleh Atan, kawan baik Tom di kampung. Mereka dibawa ke rumah Atan. Pada awalnya Luna sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung. Setelah beberapa hari, kereta Luna masih belum siap. Luna tiada pilihan, kecuali terus bermalam di rumah Atan. Namun keluarga besar Atan yang cepat mesra menyebabkan Luna mula menyesuaikan diri. Adik Atan, Manis, gadis `istimewa’ sangat sukakan Luna. Kereta sudah siap, tibalah masa Luna perlu kembali ke Kuala Lumpur. Luna yang mula jatuh hati dengan persekitaran dan orang-orang di situ meminta izin untuk tinggal lebih lama. Semua orang gembira dengan keputusan Luna. Luna dan Atan semakin rapat, walaupun sering tak sependapat.

Luna kini mengenali kehidupan kampung yang selama ini begitu jauh daripada dirinya. Daripada bermain lumpur di sawah, menunggang kerbau, hinggalah memasak di dapur kayu, semua sudah dipelajarinya. Orang popular sepertinya, lambat-laun pasti dapat dijejaki. Krew penerbitan ‘Meletops’ dapat menjejaki Luna. Ryan turut serta untuk memujuk. Luna tiada pilihan, kecuali pulang ke KL apabila Atan menghalaunya setelah menyangka Luna adalah tunangan Ryan yang selama ini cuba disembunyikan oleh Luna. Luna kini kembali mengacara. Candy, penerbit rancangan ‘Meletops’ sentiasa mahukan rancangannya mengungguli carta teratas. Tanpa pengetahuan Luna, Candy menjemput Atan menjadi tetamu rancangannya. Atan bersetuju. Merekapun bertolak ke KL menaiki lori Atan. Rancangan bersiaran secara langsung, Atan dibawa masuk… Luna dan Atan terkedu apabila bertentang mata. Atan marahkan Luna kerana menyangka Luna menipu dan mempermainkannya. Luna pula marahkan Candy kerana memperalatkan mereka berdua untuk menaikkan lagi carta rancangan ‘Meletops’

Sumber: Portal Perfileman Malaysia



sekarang mahu melantak egg tart kfc yang cik fa rasa egg tart paling sedap sekali diantara egg tart yang pernah cik fa try......bismillahirahmanirahim...jemput makan semua...

6 comments:

gigiAriEma said...

huhuii.. BR sedapp tuh!!
betol ke evry 31st diorang wat diskoun cik fa??
nak oergi lar nanti..huhu..tapi kena tggu bulan sekali lagi..hukhukhuk

cik fa said...

a'a dear..
every 31st diorg buat discount utk cup pints, quart or half gallon...
sbr..mei la bru ade 31st..nenti try k dear

nurulfaridah said...

cik fa sedapnye baskin robbin!yummy2.. ^^

cik fa said...

a'a...sgt sdp kn..
suka2

anis said...

cik fa.. cik husna 2 pnh masuk apa2 cntest x?

cik fa said...

ye anis...
xkot..knp ye???