Labels

Thursday, December 30, 2010

syabas harimau malaysia

semua orang dah ucap tahniah dekat skuad harimau malaysia...cik fa baru terkedek-kedek nah wish congratulation...kalau tak wish secara terang-terangan nampak sangat tak ada semangat keMALAYSIAan langsung kan....allhamdulillah...skuad harimau malaysia berjaya membaham skuad garuda semalam...cik fa sebenarnya tak minat sangat bola...kalau ada siaran bola dekat tv..mesti berebut dengan ayah & mama..diorang mesti nak tengok bola..nak tak nak..mesti cik fa kalah..so terpaksa la tengok jugak....mesti mama jerit bila bola depan pintu gol...masuk ke tak..adoi mesti mama jerit...time di perantauan nih la rindukan moment tu...(perantau??wow...jauhnya...ala lebih kurang 500km..jauh la tu kan)..


semalam cik fa tak tengok pun bola..just dapat update gol dari mr bola dalam sms je...maklum la dok hostel kan..so malas la nak berebut tengok tv dekat bawah...so dok dalam bilik je malam tadi.. walaupun semangat kesukanan tak berapa la melonjak sangat..tapi kadang kalau datang mood suka tengok..cik fa tengok la..kalau badminton..fuhhhhhh...tu cik fa suka...(pengaruh encik ismail la nih)...tak berapa minat so maknanya..tak tau la kan nama pemain bola...yang cik fa tau si kembar pemain negeri sembilan..tu pun tak tau beza yang mana satu...hahah...semalam dengar la orang letak status khairul fahmi..khairul fahmi...sapa la khairul fahmi tu...pastu masa cik fa blog walking...terjumpa blog awek si khairul fahmi nih...ya si golkeeper sudah berawek ya..jangan kacau tau...hehe..korang dah singgah blog dia ke??? pergi la singgah sana kejap..hehe..bley tau sedikit sebanyak pasal si khairul fahmi nih...KLIK SINI UTK KE BLOG AWEK KHAIRUL FAHMI





sekarang mr bola dah bersuara mahukan jersey biru tu...oh...buat-buat tak dengar la ya...(sorry mr bola..)....okey la..apa pun congratulation skuad harimau malaysia...korang sangat kuat melalui kritikan & cacian & layanan buruk di sana..nih la hadiah kemenangan untuk skuad kita...go malaysia...syabas..=) cik fa proud to be malaysian...yahooo....

No comments: