Labels

Friday, October 29, 2010

holidays love





okeyh entry kali nih cik fa nak cerita sikit pasal movie cuti-cuti cinta....dari poster di atas...sah-sah la korang ah tau pelakon utama dia kan...farid kamil dengan nora danish yang cute miut tu..dalam nih farid kamil agak hensem sebab rambut dia pendek & kemas...so..i loike... cik fa letak sikit sinopsis cerita...

Eava Ealiana merupakan seorang pengarah disebuah syarikat kepunyaan bapanya, Tan Sri Zaini. Sebagai anak tunggal kesayangan, Eava dilimpahi dengan penuh kasih sayang dan kemewahan. Apabila dewasa, Eava yang berkelulusan luar negeri bekerja di syarikat ayahnya. Eava merupakan seorang yang terlalu cerewet tentang segala-galanya, sombong dan suka membangga diri. Sering membebel jika tidak puas hati dan sangat tegas. Pekerja-pekerjanya lebih takutkan Eava berbandibng ayahnya. Tan Sri Zaini mempunyai seorang kawan rapat, Datuk Hamzah yang mempunyai seorang anak lelaki, Remy. Remy seorang playboy yang cuma tahu menghabiskan harta ayahnya sahaja. Remy dan Eava disatukan atas tujuan perniagaan dan niat Datuk Hamzah membolot harta Tan Sri Zaini.


Suatu hari Eava terserempak dengan Remy yang sedang bermesra bersama seorang wanita. Eava marah, lalu menumbuk Remy dan terus berlalu. Kecewa dengan tindakan Remy, Eava memandu keretanya tanpa tujuan lain, hanya semata-mata ingin melarikan diri daripada Remy dan masalah yang dihadapinya. Dia terus memandu sehingga sampai di sebuah hotel di tepi pantai. Setelah membuat tempahan, Eava masuk ke bilik tetapi tidak berpuas hati dengan keadaan bilik hotel itu. Dia memanggil pengurus hotel itu, En. mahmod dan memberi komen terhadap berberapa perkara. En. Mahmood mengarahkan pekerjanya, Fausrina dan Maliqurrahman melakukan perkara-perkara yang di komen oleh Eava. Walaupun sudah dibetulkan, Eava masih tidak berpuas hati dan terus memberi komen. En. Mahmood yang tidak tahan dengan bebelan Eava turun ke kaunter. Omar Rudy seoarang lagi pekerja yang menawarkan dirinya untuk memuaskan hati Eava. Eava menyuruh Omar Rudy membuat apa sahaja mengikut suaka hatinya dan Omar hanaya membuat tanpa membantah. Akhirnya Eava berpuas hati dengan biliknya itu.

- nak tau full sinopsis KLIK


ramai yang cakap movie nih biasa...yup memang betul sebab movie nih kan movie komedi & romantik.. so cerita dia sangat ringan dan enjoy...so sapa-sapa yang nak release tension..tengok la cerita nih..best...tak rugi okeyh...sesuai kepada student yang tengah stress exam....

ayat superb dalam cerita nih :

Mak kau lahirkan kau kat reban ayam ke?
nasi lemak 50 sen?

kalau nak tau time bile ayat nih keluar & dari siapa...so tonton la cerita nih okeyh....




No comments: