Labels

Sunday, July 4, 2010

CIK FA nak beranak!!!

PUSH!!!PUSH!!!arghhhhh...huhuhu..sakitnya cik fa mahu melahirkan baby nih...dah lama cik fa tanggung kesakitan nih..tapi bukaan "cm" tak lagi maximum...sampai bila la keperitan ini akan berakhir...sakit nih sampai susah nak makan..susah nak tido...




kalau la baby di atas adalah hasil "push" cik fa..happy la jugak kan..berbaloi-baloi sakit.. tapi baby di bawah la sebenarnya yang akan keluar...



nih la baby gigi ataupun "gigi bongsu"...sakit betul nak keluarkan baby gigi nih..dah la ambil masa lama untuk keluar..bukan sejam..bukan berhari..tapi bertahun ambil masa..sakitnya tak tau la nak cerita..korang rasa la nanti..ataupun yang dah rasa tu mesti tahu kan..gusi mesti bengkak..dah nak keluar tu baby gigi kiri dengan kanan...uihhh..sakit tak terkira la.. hanya mampu bertahan....cyaiyok...perjuangan cik fa masih belum selesai walaupun sudah betahun-tahun berjuang nih...

  • bawah ni cik fa ada letak sedikit info daripada berita harian mengenai gigi bongsu..

Geraham bongsu sebenarnya tidak banyak berbeza daripada gigi yang lain. Ia adalah gigi yang tumbuh di hujung mulut. Geraham bongsu biasanya tumbuh apabila anda berusia antara 17 hingga 21 tahun. Kerana kelewatan itu ia dikenali sebagai geraham bongsu (wisdom teeth).

Sebenarnya, bukan semua orang mengalami kesakitan apabila geraham bongsu ini tumbuh. Jika anda mengalami kesakitan ketika geraham bongsu tumbuh, anak anda mungkin tidak. Jadi jangan terlalu menakut-nakutkan dia.

Geraham bongsu boleh mendatangkan masalah dan kesakitan jika ia tidak tumbuh dengan betul. Misalnya, ia mungkin tumbuh secara horizontal.


news3_clip_image0011

Kedudukan geraham bongsu yang tumbuh tidak betul juga boleh mengganggu susunan gigi lain atau merosakkan tulang rahang atau saraf. Kedudukan itu membuatkan ia mudah reput.


Jika ia terperangkap dalam tisu atau tulang rahang atau tumbuh separuh saja ia juga boleh mendatangkan masalah.

Gigi geraham bongsu yang tumbuh separuh boleh menyebabkan masalah gusi. Malah kedudukannya yang jauh menyukarkan anda memberusnya. Geraham bongsu yang tumbuh separuh menimbulkan kesakitan.

Keadaan ini dikenali sebagai ‘impacted’. Geraham bongsu ini tersekat pertumbuhannya kerana rahang tidak memiliki ruang yang cukup untuk semua gigi. Ini disebabkan gigi anda tidak tumbuh dengan susunan yang betul. Mungkin sebahagiannya senget atau tidak teratur. Atau mungkin juga rahang tidak cukup luas untuk kesemua gigi.

Masalah geraham bongsu yang begini memang sangat biasa ditemui. Begitupun masih ada mereka yang tidak mengalami masalah. Malah mungkin langsung tidak menyedari, gigi geraham bongsunya sedang tumbuh!

Gigi geraham bongsu yang tersekat boleh mendatangkan masalah. Ia mudah memerangkap sisa makanan dan plak. Ia menyebabkan kawasan itu bengkak, sakit dan mulut berbau. Ia juga kadang kala boleh merosakkan gigi yang lain kerana jangkitan.

Jika geraham bongsu itu tidak berfungsi, mereput, mengalami jangkitan atau mengganggu kunyahan, ia mungkin perlu dikeluarkan. Begitupun, setiap kes berbeza dan hanya doktor yang boleh memastikan sama ada ia perlu dikeluarkan atau tidak.

3 comments:

Sya Syazana said...

cik fa,, caiyok2

buxx_szmania said...

tq syazana support cik fa

pakcikLie said...

ingat push amender td..huhuhu..sabor yer!!