Labels

Tuesday, February 2, 2010

post berunsurkan keislaman & pesanan

anda suka memberi atau meminta???sebaik-baik tangan adalah tangan yang menghulur daripada tangan yang menerima...

Sejak zaman Rasulullah s.a.w. amalan berhutang sudah berlaku seperti kisah baginda berhutang seekor unta. Baginda membayar hutang untanya dengan unta lebih besar dan lebih baik. Sabda baginda bermaksud : Sebaik-baik kamu ialah orang yang melebihkan dan memperelokkan pembalasan hutangnya (menambah daripada apa yang diambil).

Islam menggariskan beberapa hukum tentang berhutang, ganjaran pemberi hutang serta cara membayar hutang. Rasulullah s.a.w. mengingatkan, orang berharta yang sengaja menangguhkan pembayaran hutangnya termasuk dalam kalangan orang yang zalim. Pada dasarnya Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang. Hal ini dijelaskan dalam hadis daripada Uqbah Amir bermaksud : Jangan kalian membuat takut jiwa selepas ketenangannya. Mereka berkata : Apa itu wahai Rasulullah? Beliau bersabda : Hutang.

Rasulullah s.a.w. mengingatkan orang berhutang bahawa dia terus terikat dengan pembayaran balik segala hutangnya. Dia mesti menjelaskan hutang ketika hidup kerana apabila orang yang berhutang meninggal dunia, rohnya akan tergantung di antara langit dan bumi sehingga dijelaskan hutang itu. Bagi mereka yang tidak mampu melangsaikan hutang sehingga dia meninggal dunia, maka hutang itu menjadi tanggung-jawab Baitulmal seperti yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w.

Rasulullah amat menggalakkan orang yang berhutang berusaha membayar lebih daripada hutangnya. Ia sebagai tanda bersyukur atas bantuan yang dihulurkan si pemberi hutang. Dalam keadaan biasa, hukum memberi hutang adalah sunat. Bagi orang yang berhutang, hukum membayar balik hutangnya adalah wajib apabila sampai tempoh. Jika belum sampai tempoh dijanjikan, pemberi hutang tidak boleh meminta hutangnya dibayar-balik.

ayat2 diatas digoogle dari - http://bisneskeluarga.blogspot.com/

dunia sekarang semakin pendek dan semakin dekat dgn akhir zaman...petanda2 kiamat dah makin banyak..kepada umat manusia sekarang..sedarla..sesiapa yang berhutang...cepat2 la langsaikan hutang...supaya hidup di dunia dan akhirat kita aman dan tenang....pesanan ini ditujukan khas untuk semua orang termasuk diri sendiri...sama-sama kita hidup dalam keadaan yang harmoni..


keharmonian di antara pelbagai agama (1 malaysia)
credit to bola

No comments: